Monday, November 12, 2012

Persoalan of Sutera Dalam Lukisan :)



Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan keganasan rumahtangga. Persoalan ini penting kerana ia telah memberi kesan kepada ahli keluarga itu sendiri iaitu anak-anak. Persoalan ini ditunjukkan oleh watak Harun manakala mangsa keganasan tersebut ialah Fatimah, ibu Bujei. Fatimah telah kematian suami akibat kemalangan jalan raya. Dia membawa Bujei pulang ke kampung dan berkahwin dengan Harun. Perkahwinan itu membawa malang kepadanya apabila Harun menunjukkan sikapnya yang sebenar. Harun telah mengikis habis duit Fatimah. Fatimah telah didera oleh Harun. Kemuncak daripada penderaan ini, berlaku satu tragedi. Fatimah meninggal dunia apabila rumah mereka terbakar akibat perbuatan Harun. Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Bujei menyebabkan emosinya terganggu.

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan gengsterisme atau budaya samseng dalam masyarakat. Persoalan ini ditunjukkan oleh watak Alias dan rakan-rakannya iaitu Sahak dan Sani. Alias yang diampu oleh rakan-rakannya bertindak samseng. Tindak-tanduknya menyebabkan penduduk kampung tidak menyenanginya. Dia selalu membuli Bujei dengan memaksa Bujei melumurkan badan dengan lumpur di sungai. Dia akan memukul Bujei jika Bujei enggan. Selain itu dia juga merosakkan kesucian gadis Kampung Batu bersama Sahak. Pemuda di kampung itu digambarkan takut kepada mereka. Alias juga telah memfitnah Adila. Dia telah menghantar surat layang kepada Adila mengatakan Adila dijangkiti AIDS. Perbuatan itu membuatkan Adila bersedih dan pulang ke Kuala Lumpur untuk sementara waktu.

Persoalan lain yang penting dalam novel Sutera Dalam Lukisan adalah persoalan penyelewengan harta anak yatim.Penyelewengan itu dilakukan oleh bapa tiri Bujei iaitu Harun. Setelah Fatimah meninggal, Harun telah menjualkan tanah pusaka ibu Bujei kepada Wak Senen dengan harga empat ribu ringgit. Walau bagaimanapun Wak Senen menyedari tindakannya salah. Dia telah mengusahakan tanah tesebut dan memberi ganjarannya kepada Bujei. Setelah menghilang beberapa lama, Harun datang kembali ke kampung itu. Dia telah memujuk Bujei agar menandatangani surat menyerahan kuasa tanah tersebut kepadanya. Dia ingin menjual tanah tesebut kepada pembeli lain dengan harga yang lebih tinggi. Dalam usaha untuk mendapatkan cap jari itu, Bujei dipukul oleh Harun hingga pengsan.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang pemuda dan seorang gadis. Kedatangan  Adila ke kampung itu telah menarik hati dua orang pemuda iaitu Alias dan Bujei. Selain daripada tertarik kepada Adila, Alias cuba untuk mendapatkan Adila kerana dia ingin menang dalam persaingannya dengan Bujei. Dia cemburu apabila mendapat tahu Bujei semakin rapat dengan Adila dan Adila juga melayani Bujei dengan baik. Manakala Bujei tertarik kepada Adila kerana keikhlasan Adila dalam membimbing dan memberikan kesedaran kepadanya. Bujei telah membayangkan kehidupannya bersama Adila sedangkan pada masa itu Adila tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Bujei. Adila hanya mempunyai perasaan kasih sayang kepada Bujei setelah dia mengambil keputusan tekad memutuskan hubungan dengan Faizal. Adila berhasrat untuk menjadikan Bujei sebagai suaminya.

Watak Adila pula menggambarkan persoalan kekecewaan dalam percintaan. Walaupun dia telah bertunang dengan Faizal, namun dia sudah kecewa dan sudah tidak dapat lagi menerima Faizal dalam hidupnya. Kekecewaan itulah yang menyebabkan Adila lari dari kota dan datang ke rumah Same’ah dan bapa saudaranya Sidang Saman. Adilah mahu melarikan diri daripada Faizal. Dalam menghadapi keadaan itu, Adila tidak dapat pastikan sehingga bila dia akan tinggal di rumah Sidang Saman. Dia juga sanggup menorah getah semasa berada di rumah Sidang Saman.Faizal pernah datang ke rumah Sidang Saman untuk mencari dan memujuk Adila. Namun Adila telah menolak Faizal dalam hidupnya dia nekad untuk memutuskan hubungan mereka. Setelah berbuat demikian, hati Adila telah kosong menyebabkan sedikit demi sedikit telah tertarik dengan Bujei.

Jika diperhatikan kepada cara hidup Bujei, ia dapat menggambarkan persoalan cara hidup golongan yang lemah daya pemikirannya. Malah pada awal cerita, Bujei digambarkan sebagai seorang yang tidak normal. Dia menontong televisyen yang tidak ada gambarkan dan suara. Gambar dan suara itu hanyalah di dalam imaginasinya sahaja. Keadaan rumahnya juga tidak terjaga. Bujei digambarkan sebagai seorang yang lemah daya pemikirannya apabila dia membiarkan sahaja dirinya dibuli oleh Alias. Dia akan menurut arahan Alias supaya melumurkan lumpur pada muka dan badannya. Selain daripada itu, makan dan minumnya juga tidak menentu. Dia akan makan sekiranya ada orang yang memberikannya makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Jika tidak, dia akan memancing ikan di sungai dan memanggang ikan tersebut untuk dimakan.

Melalui watak Bujei juga pengarang telah mengungkapkan persoalan maruah diri yang perlu dipertahankan Maruah diri Bujei telah dicalar oleh dua watak iaitu  Harun yang merupakan bapa tirinya sendiri dan juga Alias. Bujei selalu didera oleh Harun. Lebih teruk lagi Harun ingin membolot tanah pusaka peninggalan ibu Bujei. Walaupun tanpa menunjukkan kesedaran yang nyata, Bujei telah mempertahankan maruah diri dan hartanya daripada dirampas oleh Harun. Bujei telah mengotorkan cap jarinya padasurat penurunan kuasa yang disediakan oleh Harun menyebabkan dia telah dipukul hingga pengsan. Semasa berhadapan dengan Alias, Bujei telah mendapat kesedaran daripada didikan Adila. Dia telah bangkit mempertahankan diri daripada terus dibuli oleh Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Setelah Alias menghempaskan radianya, Bujei menumbuk dan menyerang alias dengan parang.

Melalui watak Alias pula, pembaca mendapat gambarkan tentang persoalan fitnah dan kesannya dalam masyarakat. Persoalan ini dapat dilihat pada tindakan Alias dalam hubungannya dengan Adila. Dia berminat kepada Adila sejak mula Adila datang ke kampung itu. Namun apabila Adila mula rapat dengan Bujei, Alias berasa cemburu. Sejak dari itu dia  cuba bersaing dengan Bujei dalam memenangi hati Adila. Alias telah memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit. Malah Bujei dikatakan sebagai ‘maniac’ yang menyebabkan Adila berasa takut kepada Bujei. Namun setelah usaha itu tidak berjaya dan Adila semakin rapat dengan Bujei, Alias telah menabur fitnah terhadap Adila pula. Dia menulis suratlaying dan menyebarkan kepada orang kampung bahawa Adila sudah tidak suci lagi, malah seorang penghidap AIDS. Fitnah itu telah menggugat hati Bujei. Adila pula menangis dan pulang keKuala Lumpur.

Watak Sidang Saman dalam novel ini pula menggambarkan persoalan tanggungjawab pemimpin dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku dengan adil dan saksama. Sebagai pemimpim masyarakat Sidang Saman bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik antara Alias dengan Bujei. Pada peringkat awal Sidang Saman tidak mengambil berat konflik tersebut kerana dia juga menganggap Bujei sebagai seorang yang tidak normal. Dia seakan tidak mempedulikan tindakan Alias membuli Bujei. Malah semasa konflik Alias dengan Bujei sampai ke kemuncak apabila Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli, Sidang Saman masih mempercayai kata-kata Alias bahawa Bujei telah menyerangnya. Namun setelah mengetahui perkara yang sebenarnya, barulah Sidang Saman bertindak rasional an adil dengan meminta Alias membayar ganti rugi terhadap radio Bujei yang telah dihempaskan oleh Alias.

Tema of Sutera Dalam Lukisan



Novel Sutera Dalam Lukisan bertemakan kemasyarakatan iaitu pandangan masyarakat terhadap orang yang lemah daya pemikiran atau kurang berakal. Terdapat beberapa pandangan ahli masyarakat terhadap watak utama iaitu Bujei. Sebahagian ahli masyarakat yang menganggap Bujei bodoh. Oleh yang demikian, Bujei menjadi objek buli golongan masyarakat ini. Ia diwakili oleh Alias dan Harun. Alias menganggap Bujei bodoh dan telah mengambil kesempatan untuk membuli Bujei. Dia selalu memaksa Bujei membasahkan pakaian dan melumurkan badan dengan lumpur. Jika tidak, Alias akan memukul Bujei. Alias juga menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa memberikan upah yang dijanjikan. Demikian juga dengan Harun. Bujei takut untuk berjumpa dengan Harun kerana Harun biasa memukulnya. Namun Bujei sempat dipukul hingga pengsan.

Manakala sebahagian daripada ahli masyarakat yang lain hanya melihat kewujudan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal.Mereka melayan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal juga. Mereka diwakili oleh Mak Som, Sidang Saman serta isterinya Mak Lamah dan Same’ah. Mereka melayan Bujei seadanya dengan memberikan makan dan minum. Mereka tidak cuba menyelami apa yang ada dalam hati dan fikiran Bujei. Mereka hanya menasihati dan mengajar seperti yang dilakukan oleh Same’ah. Malah Same’ah tidak mahu Bujei rapat dengannya terutama setelah dia bertunang. Demikian juga dengan Mak Som dan Sidang Saman. Mereka hanya memberikan nasihat kepada Bujei sekadar yang diperlukan. Malah mereka turut sangsi apabila Adila ingin memulihkan Bujei.

Satu golongan masyarakat lagi amat memahami dan menyelami perasaan Bujei. Golongan ini diwakili oleh Adila. Sesuai dengan wataknya sebagai seorang yang berpelajaran, dia dapat berfikir dan menilai Bujei. Dia sedar bahawa Bujei tidak sebagaimana anggapan orang-orang kampung. Bujei adalah manusia biasa yang normal dan berhak hidup sebagai seorang yang normal. Oleh sebab itulah dia cuba mendekati dan menyelidik latar belakang Bujei. Adila dengan ikhlas mahu menolong Bujei memulihkan imej dan keyakinan dirinya. Dia mengadakan siri pertemuan dan bimbingan di rumah Sidang Saman. Akhirnya Bujei mendapat keyakinan dan hidup sebagaimana ahli masyarakat yang lain. Dia sudah boleh berdikari.

The Synopsis of Sutera Dalam Lukisan :)




BAB 1               Bujei berada di sungai sehingga senja. Dia sudah biasa berada di sungai itu. Bujei sentiasa terkenangkan bapanya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia dan ibunya berpindah ke kampung. Ibunya berkahwin dengan Harun. Akibat daripada sikap buruk Harun, ibunya meninggal dalam tragedi kebakaran rumah mereka.

BAB 2               Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai.

BAB 3               Adila melihat Bujei tertidur di kaki lima kedai semasa dia dan Same’ah dalam perjalanan ke bandar. Adila meluahkan rasa simpatinya kepada Bujei. Dia berpendapat bahawa Bujei tidak harus dilayan sebegitu rupa oleh masyarakat kampung. Adila dan Same’ah teringatkan  peristiwa Adila mula-mula berjumpa dengan Bujei. Adila berasa amat takut kepada Bujei.

BAB 4               Alias menyuruh Bujei membersihkan motosikalnya dan berjanji untuk memberi upah satu ringgit. Setelah selesai, Bujei menuntut janji. Alias ingkar malah Bujei mahu ditamparnya. Perbuatan Alias dihalang oleh ibunya sendiri, Mak Som. Mak Som memberikan Bujei minum, sarapan dan wang satu ringgit. Mak Som menasihatkan Bujei agar tidak menurut perintah Alias lagi.

BAB 5               Same’ah dan Adila sedang menyiapkan bunga telur di serambi. Mak Lamah, ibu Same’ah berada di dapur. Sidang Saman, ayah Same’ah pulang dari kebun getah. Dia memberitahu Mak Lamah bahawa Harun, bapa tiri Bujei telah pulang ke kampung itu. Sidang Saman dan Mak Lamah risau. Malam itu Same’ah dan Adila bermalam di rumah ibu saudara mereka, Mak Usu Bakyah. Adila menjelaskan bahawa dia pulang kampung kerana kecewa dengan kekasihnya yang telah berkahwin semasa dia menuntut di England.

BAB 6               Harun datang ke rumah Sidang Saman untuk meminta Sidang Saman memujuk Bujei supaya menyerahkan kuasa terhadap tanah pusaka milik arwah ibu Bujei kepadanya. Harun juga mahu mengambil balik tanah yang dijual kepada Wak Senen. Harun cuba menyogok Sidang Saman.

BAB 7               Bujei telah mendapat tahu tentang kepulangan Harun. Dia cuba mengelak daripada bertemu dengan Harun. Adila meminta Bujei datang ke rumah Sidang Saman. Dengan perasaan malu Bujei bertemu dengan Adila. Mereka berkenalan. Adila menjelaskan tujuannya ingin berbual dengan Bujei. Adila melayan Bujei dengan baik.

BAB 8               Pertemuan Adila dengan Bujei diketahui oleh Alias. Alias marah dan datang ke rumah Sidang Saman lalu menghalau Bujei. Alias berkenalan dengan Adila. Dia memburuk-burukkan Bujei membuatkan perasaan Adila terhadap Bujei terganggu. Setelah meninggalkan Adila dan Alias, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah pusaka ibunya. Cap jari itu rosak dan Bujei dibelasah oleh Harun hingga pengsan di tebing sungai.

BAB 9               Petang itu Adila menunggu kedatangan Bujei. Namum Bujei tidak muncul. Tiba-tiba Faizal datang untuk berbincang dengan Adila tentang masa depan mereka. Permintaan Faizal tidak dilayan oleh Adila. Faizal pulang dengan hampa. Bujei sedar daripada pengsan setelah hari malam. Dia pulang dan tidur dalam kesakitan. Keesokan harinya dia semakin sakit dan demam. Dia tidak dapat bangkit  hingga ke malam.

BAB 10             Adila risau kerana Bujei tidak datang seperti yang dijanjikan. Namun dia ditenangkan oleh Same’ah. Same’ah menceritakan kenangan lucu tentang Bujei semasa remajanya. Kononnya Bujei jumpa dan membawa bom dalam keadaan marah kepada Alias dan rakan-rakan.

BAB 11             Adila meminta Samsul mencari Bujei. Alias meminta Samsul menyampaikan pesan kepada Adila. Dia ingin berjumpa dan mengajak Adila ke bandar. Sidang Saman telah membawa Bujei pulang pada malam itu. Bujei tidur di bangsal. Dia memberitahu Samsul bahawa Harun telah memukulnya. Keesokan hari Adila membawa Same’ah, Bujei, Samsul dan Saniah ke bandar. Samsul menemani Bujei memotong rambut, membeli radio dan pakaian. Apabila pulang ke rumah, Bujei mengemas rumah dan berjanji pada dirinya untuk berubah.

Pada pagi besoknya Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias menyebabkan dia memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei.

BAB 12             Perubahan yang berlaku pada Bujei meyakinkan Adila bahawa Bujei boleh dipulihkan. Mak Lamah mengingatkan Adila tentang hubungan dengan Bujei. Mak Lamah takut Adila difitnah. Pak Imam datang ke rumah Sidang Saman untuk merisik Adila bagi pihak Opah Arah, nenek Alias. Adila menolak. Berita itu sampai ke pengetahuan Bijei menyebabkan dia rasa gelisah.

BAB 13             Perasaan Bujei terus gelisah memikirkan hubungannya dengan Adila. Namun dia menyedari dirinya tidak layak bersama Adila. Samsul datang menjemputnya ke rumah Sidang Saman untuk menolong menyiapkan astaka. Keluarga Adila tiba dari Kuala Lumpur. Ayah Adila diperkenalkan kepada Bujei. Pada malam majlis perkahwinan Same’ah, Bujei dijemput untuk menyanyi. Nyanyian yang lancar dan suaranya yang merdu membuatkan hadirin terpegun. Dia meninggalkan majlis selepas nyanyian itu.

BAB 14             Samsul datang membawa makanan kepada Bujei. Dia menyampaikan pesan ayah Adila, Pak Lang Dahlan supaya datang ke rumah Sidang Saman. Di rumah Sidang Saman, Bujei dilayan dengan baik oleh Pak Lang Dahlan. Faizal datang menghantar Adila.

Pada malam itu Wak Senen datang ke rumah Bujei. Dia menjelaskan kedudukan sebenar tentang tanah pusaka ibu Bujei yang dujual oleh Harun kepadanya. Dia ingin menyerahkannya semula kepada Bujei. Dia juga menasihatkan Bujei supaya jangan jual tanah itu.

Pada keesokan harinya Bujei datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu Samsul mengemas. Dia bertanyakan Samsul tentang kedudukan Adila dengan Faizal dan Alias. Selepas mengemas mereka makan laksa.

BAB 15             Adila kesunyian setelah Same’ah tiada. Dia memikirkan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun dia keberatan untuk meninggalkan Bujei. Dalam masa yang sama, dia rasa hatinya lebih sakit sekiranya dia kembali ke Kuala Lumpur setelah mengenangkan hubungannya dengan Faizal.

BAB 16             Alias datang ke rumah Bujei. Dia memfitnah Adila. Dia memberitahu Bujei bahawa Adila menghidap penyakit AIDS menyebabkan dia membatalkan peminangannya. Bujei percaya dengan fitnah Alias. Bujei tidak berani lagi untuk pergi ke rumah Sidang Saman. Pada hari yang sama Adila mendapat suratlayang yang mengandungi fitnah yang sama. Dia tidak dapat menahan kesedihan dan menangis. Adila pulang ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun dia bercadang untuk kembali semula ke kampung.

BAB 17             Bujei menunggu Samsul pulang dari sekolah dan mengikut Samsul ke rumah Sidang Saman. Samsul menjelaskan kepadanya bahawa Adila tidak sakit. Namun Bujei masih ragu-ragu. Bujei menceritakan kenangan semasa dia dibuli oleh Alias di kedai Pak  Sulong.

BAB 18             Dua minggu kemudian Samsul datang ke rumah Bujei. Dia mengajak Bujei ke hospital kononnya untuk melawat Adila yang sakit tenat. Dengan berat hati Bujei datang ke rumah Sidang Saman untuk sama-sama pergi ke hospital. Bujei terkejut berjumpa dengan Adila dalam keadaan sihat di rumah Sidang Saman. Mereka pergi ke hospital untuk melawat Sahak yang cedera kerana kemalangan akibat lumba haram. Adila menderma darahnya kepada Sahak.

BAB 19             Alias datang lagi ke rumah Bujei. Dia sekali lagi menghasut Bujei supaya menjauhi Adila yang dikatakan menghidap AIDS. Alias memberi amaran kepada Bujei tentang penyakit Adila yang akan berjangkit kepada Bujei. Bujei akan dihalau dari kampung itu sekiranya dijangkiti. Bujei mencabar Alias menghalau Adila dari kampung itu. Gagal menghasut Bujei, Alias merancang untuk menculik Adila. Kemudian dia memujuk neneknya Opah Arah mendapatkan ilmu pengasih. Alias menjadi tidak siuman.

BAB 20             Adila memberitahu hasratnya kepada Mak Lamah dan Sidang Saman bahawa dia ingin memilih Bujei sebagai bakal suaminya. Sebagai menghormati pilihan Adila, mereka setuju. Perkara itu masih dirahsiakan daripada orang lain. Sidang Saman menjelaskan bahawa Bujei belum bersedia menjadi suami kepada Adila. Adila menasihatkan Bujei supaya belajar ilmu agama daripada Sidang Saman. Adila pulang ke Kuala Lumpur untuk mula bekerja.

Wednesday, November 7, 2012

 See the same scroll bar everyday ?
Want to Change it ??
Here we go..
First go to Design > Edit Html > Proceed > Ctrl + F
Find a:link {
Then..Put this code INFRONT of it

::-webkit-scrollbar {
    height: 12px;
width: 15px;
background: #FFFFFF;
    }

::-webkit-scrollbar-thumb {
    background: #000000;
}

Change the Blue Colour  code to your colour..

Taa daaa :))

See that light blue colour scroll bar ? 
( Sorry not so clear )

Opps , yeah .. You can choose the colour in this link

Happy Trying :))

Wants To change highlight colour ?
Sick of being seing Same colour like this ..

Want to change it to become like this ?

Nice isn't ?
Then follow my step if you want :)
Here you go...
Press Design > Edit Html > Proceed 
Click on Ctrl + F and find a:link {
Put this code behind it 

::-moz-selection {

background:#000000;

color:#ffffff;

text-shadow: 2px 2px 3px #cccccc;

}

::selection {

background:#000000;

color:#ffffff;

text-shadow: 2px 2px 3px #cccccc;


Change The Blue Colour code to your colour 
Click the link below to choose your colour :)

Happy Trying :))

Starting Teaching some lessons :)

I'm Starting Teaching some lessons about decorating bloggies :)
Please come do support me ..
I'm Disable the '' Right Click "
Prevent Coping occurs ..
Sorry yar :)
You can highlight it and then press '' Ctrl + C "
Heeeees :))
I'm enjoying my holidayssss
More more and more lessons will be coming..
Stay tune at my bloggies and please do remember to Follow me yar :)
Seeing People Title Bar Moving ?
Want to have it too ?
Here You Go....
WAIT !
You don't understand ??
Let me show you first...
This Is what I mean ..


This Words are moving..Want ?
Here You Go...
Press this link


Then you will see this
Got?
Then you write what you want in ''Add title bar message''
Then ''Choose an effect''
Then press preview :)
Satisfy ?
Press ''OK, Generate Code !''
Highlight and copy it ..
Then Back to your blogger and press Design > Layout 
Then Press Add a Gadget ..
You will see this ..
Press '' + ''  then you will see this..

Put that code inside Content .. 
Then press Save :)


Happy Trying :))


Want to Change Blogger Background ??
Here You Go....
First..Press Design > Customize
Then you will see This..

Click on Background > Remove image ..
Then choose your Picture :)
when you are done..see the right corner there.. 
''Apply to Blog''
Refresh your website then you are done :))


Happy Trying :))
How to change Favicon ?
What is Favicon ?
Here..let me tell you :)

Saw that ?
That if Favicon.....
Here let me tell you how to change it...
First...Click on Design..then see on the left hand side..
Press layout ... then you will see this..
Got? Then click Edit > Choose File 
Choose any picture you want , then SAVE it :)


Happy Trying :)


Expand Widget

What is Expand Widget ???
Here let me tell you ...
First..Press '' Design '' 


then you will see this 

press that circle ..then you will see this

press that circle..then you will see this

There you go :) That inside circle is expand widget :)

Happy Trying :))

Ctrl + F how to use?

Hmmm .. Teaching To decorate bloggies to be nice nice....this is for the beginner  :)

''Ctrl + F''  lesson

What's that ?
Here here , 来看看 
This This :)
It will appear on your upper right coner there 

happy trying :)